Seorang ayah datang kepada Umar bin Khatthab. Dia mengeluhkan anaknya yang derhaka. Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya.
Si anak berkata, "Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak juga punya hak atas ayahnya?"
Umar, "Ya, benar."
Si anak, "Apa itu, wahai Amirul Mukminin?"
Umar, berkata iaitu:
(1) Memilihkan ibu yang baik,
(2) memberikan nama yang bagus,
(3) memberikan pendidikan yang baik."
Si anak pun berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tak melakukan itu semua. Ibuku seorang majusiyah, ia menamaiku Ju'al (lelaki hitam dan jelek), dan ia sama sekali tak pernah mengajariku walaupun hanya satu huruf."
Maka, Umar pun berkata kepada si ayah, "Kamu ini datang mengadukan kederhakaan anakmu. Tapi sebetulnya kamu telah menderhakainya sebelum ia menderhakaimu. Kamu juga telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berlaku buruk kepadamu."
(Ali bin Naif Asy-Syahud, Mausu'ah Ad-Din An-Nashihah, jld III, hlm 80 disalin dari laman FB Abduh Zulfidar Akaha)
0 ulasan:
Catat Ulasan