Kita tentu biasa berbuat baik, malahan tentunya bukan untuk mengharapkan sesuatu dari apa yang kita buat. Kenapa kita sedar semua itu, kerana itu merupakan peranan yang harus kita main dan ada pada diri kita masing-masing. Adalah kewajipan kita untuk menyingkirkan atau membuangkan duri di jalan yang sedang kita lalui, bukan saja untuk tidak melukakan diri kita, namun untuk menjaga para pejalan yang lalu di jalan itu juga.
Jadi, meski tidak ada seorang pun yang mengucapkan terima kasih atas perbuatan baik yang kita lakukan, itu tidak perlu mengecilkan arti dan amal yang kerja kita atau mungkin saja orang lain tidak memahami kebaikan itu, kerana mereka menganggap memang seharusnya kita melakukan itu. Maka, apatah erti sebuah ucapan terima kasih??. Biarkan saja kebaikan mengalir dari tangan anda dan biarkan benak hati kecil kita terbebas dari perasaan berjasa. Ini dapat difahami maksud hadis iaitu berikan derma dari tangan kanan seakan-akan tangan kirimu tidak mengetahuinya...wassalam....
0 ulasan:
Catat Ulasan