20 Ringgit Sejam.....


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayahnya.....
Anak: Ayah....ayah.....boleh afif nak tanya satu soalan???
Ayah: Hmmm....afif nak tanya apa??
Anak: Ayah....berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan afif, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Afif saja nak tahu ayah....Tolong beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam...Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oohhh...20 ringgit...afifi menundukkan mukanya...
Anak: Ayah...boleh tak bagi afif pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Ohh, itu ke sebabnya afif tanya pasal pendapatan ayah? Afif nak buat apa dengan duit itu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.... Sudah, pergi masuk bilik...tidur, dah pukul berapa nih!

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "afif benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah...ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah. Afif segera bangun dan tersenyum girang, "terima kasih banyak ayah". Lalu afif mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah mula kembali berang. "Kenapa afif mintak duit tu?? dan dari mana afif dapat duit itu?? Afif tunduk.... tak berani dia merenung ayahnya....sambil menggenggam kemas duit itu, afif menerangkan...."Duit ini afif kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Afif minta 10 ringgit pada ayah sebab afif tak cukup duit"...
"Tak cukup duit nak beli apa?" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah....sekarang afif dah ada 20 ringgit....nah ayah ambil duit ni. Afif nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Afif nak ayah pulang kerja awal esok. Afif rindu nak makan malam dengan ayah..." Jelas afif tanpa memandang wajah ayahnya...

Pengajaran dari kisah ini adalah kebahagian dan kasih sayang adalah sangat penting dalam rumahtangga,  jika dilihat cara seorang anak yang sangat ingin dan rindu untuk berkumpul bersama. Harta benda boleh di cari, tetapi kasih sayang tidak boleh di jual beli. Sesibuk mana pun kita...carilah sedikit ruang untuk kita bermusyawarah bersama isteri dan anak-anak.



0 ulasan:

Laman Sahabat

Bicara UKHUWWAH

ShoutMix chat widget

Followers

About Me

Foto Saya
ibnu qais
Dilahir di Kampung tercinta di Desa Permai Pagut pada tanggal 18 Mei 1986 pada jam 08.55pm bersamaan 9 Ramadhan 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama (Arab) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.Kemudian melanjutkan ke pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas dari 1999-2002, sekarang dikenali Ma'had Tahfiz Sains Nurul Iman. Setelah itu saya berhijrah ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Azhariah, Melor. Setelah tamat, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma bidang syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan (2005-2008) dan sekarang melanjutkan pengajian sarjana di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia,dalam Fakultas Syariah Jurusan Ahwalul Syakhsiyyah(Hukum Keluarga Islam). Sebarang pandangan emailkan kepada yiez_almaqdisi@yahoo.com @ ibnqais@gmail.com.
Lihat profil lengkap saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ultimos Comentarios

 
Copyright © Jalan Yang Lurus