Perempuan Buta

Di sudut pasar kota Madinah, seorang pengemis Yahudi bermata buta duduk di tepi pasar. Setiap hari ia berseru kepada orang-orang yang mendekatinya:

"Wahai saudaraku, jangan kau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, pembohong besar. Dia itu tukang sihir. Bila mendekatinya, kalian akan dipengaruhinya".

Tetapi setiap pagi pula Rasulullah S.a.w mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun, beliau menyuapinya walaupun pengemis itu selalu berteriak untuk tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Kebiasaan itu dilakukan beliau sampai menjelang wafat. Setelah beliau wafat, maka tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi buat pengemis buta itu.

Suatu saat Abu bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah R.ha. Beliau bertanya kepada anaknya,

"Anakku, apakah masih ada lagi sunnah kekasihku yang belum kukerjakan".

Aisyah R.ha menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnahpun yang belum ayah lakukan, kecuali satu sunnah lagi".

"Apakah Itu?", tanya Abu bakar r.a.

Lalu Aisyah bercerita bahwa setiap pagi Rasulullah S.a.w selalu pergi ke hujung pasar. Beliau membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang matanya buta.

Esok harinya, Abu bakar r.a. ke pasar, membawa makanan untuk pengemis buta itu. Abu Bakar r.a. mulai menyuapi. Tiba-tiba pengemis itu marah dan berteriak,

"Siapa kamu ?".

Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa dan akan terus memberimu makan".

Kerana merasa berbeza, pengemis buta itu berkata, "Bukan. Engkau bukan orang itu".

Kemudian pengemis buta itu bercerita bahawa orang yang biasanya datang kepadanya tangannya tidak canggung dan kaku. Tidak susah mulutnya mengunyah. “Dia menyuapiku dengan terlebih dahulu makanan itu dihaluskannya dengan mulutnya”. Perlu diketahui bahwa di kalangan masyarakat Arab, kebiasaan mengunyahkan makanan buat orang yang disayangi itu lumrah dilakukan.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis teresak-esak.

“Aku memang bukan orang yang biasa mendatangimu. Tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Dia orang yang mulia. Tetapi dia telah meninggal dunia. Dia adalah Muhammad Rasulullah S.a.w”, kata Abu Bakar r.a di sela-sela tangisannya.

Mendengar keterangan Abu Bakar r.a, pengemis itu terkejut, termenung sejenak. Tetapi ia kemudian menangis sekuat-kuatnya. Berulang-ulang ia bertanya, apa itu benar? Kemudian ia berkata:

“Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Ya Allah, ia tidak pernah marah kepadaku sedikitpun. Ia bahkan mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Ya Allah, betapa mulianya dia”, ujarnya di antara tangisan. Pengemis Yahudi yang buta tersebut akhirnya mengucap syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. Akhirnya perempuan buta itu masuk Islam...betapa indahnya akhlaknya Rasulullah...apakah kita mampu membuat seperti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah....saya pasti kita tidak akan mampu...kepada sahabat, teman-temanku hayatilah cerita ini...pasti air matamu menitis....



Sumber : Kitab Hayatush Shahabah.

0 ulasan:

Laman Sahabat

Bicara UKHUWWAH

ShoutMix chat widget

Followers

About Me

Foto Saya
ibnu qais
Dilahir di Kampung tercinta di Desa Permai Pagut pada tanggal 18 Mei 1986 pada jam 08.55pm bersamaan 9 Ramadhan 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama (Arab) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.Kemudian melanjutkan ke pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas dari 1999-2002, sekarang dikenali Ma'had Tahfiz Sains Nurul Iman. Setelah itu saya berhijrah ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Azhariah, Melor. Setelah tamat, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma bidang syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan (2005-2008) dan sekarang melanjutkan pengajian sarjana di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia,dalam Fakultas Syariah Jurusan Ahwalul Syakhsiyyah(Hukum Keluarga Islam). Sebarang pandangan emailkan kepada yiez_almaqdisi@yahoo.com @ ibnqais@gmail.com.
Lihat profil lengkap saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ultimos Comentarios

 
Copyright © Jalan Yang Lurus