Nukilanku buat teman-temanku semua…

Betapa beruntungnya diri ini bila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan yang memahami satu sama lain… Berdoalah moga kita dikurniakan sahabat demikian..INSYALLAH. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalu kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama…pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya??

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah?? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita???

Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, malah dia juga mempunyai kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…

Sebagai kekuatan jadilah antara kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu….Imam Syafie pernah menceritakan kisahnya dalam mencari sahabat…apabila tidak kutemui sahabatku yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat….Oooohh…sukarnya mencari seorang sahabat yang sejati. Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini serta dengan penuh kesabaran dihati, moga engkau kan kutemui jua. Bersikap sabar seperti seorang ulama’ dalam menghadapi karenah manusia. Peliharalah kasih sayangmu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya….HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SERIBU MEMORI…

0 ulasan:

Laman Sahabat

Bicara UKHUWWAH

ShoutMix chat widget

Followers

About Me

Foto Saya
ibnu qais
Dilahir di Kampung tercinta di Desa Permai Pagut pada tanggal 18 Mei 1986 pada jam 08.55pm bersamaan 9 Ramadhan 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama (Arab) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.Kemudian melanjutkan ke pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas dari 1999-2002, sekarang dikenali Ma'had Tahfiz Sains Nurul Iman. Setelah itu saya berhijrah ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Azhariah, Melor. Setelah tamat, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma bidang syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan (2005-2008) dan sekarang melanjutkan pengajian sarjana di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia,dalam Fakultas Syariah Jurusan Ahwalul Syakhsiyyah(Hukum Keluarga Islam). Sebarang pandangan emailkan kepada yiez_almaqdisi@yahoo.com @ ibnqais@gmail.com.
Lihat profil lengkap saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ultimos Comentarios

 
Copyright © Jalan Yang Lurus