
Dalam kita melangkah…Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar...Semoga tabah dan tetapkan iman…Biarlah kita keseorangan tanpa berteman..Biarlah malam tanpa sinar rembulan...Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah..Tapi, jangan biarkan hatimu sunyi tanpa sepotong ayat-ayat suci AL-QURAN dalam mencari keredhaan dan keberkatanNYA, itulah matlamat setiap insan di dunia yang fana ini......
kadang-kadang apa yang kamu lakukan itulah yang terbaik untuk mendapat keredhaanNYA, walaupun tindakan tersebut membuat orang membenci dirimu... kita selalu dengar firmanNya :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (AL-BAQARAH AYAT:216)
tapi semua itu kita tidak terapkan dalam diri kita...kita kurang fahami kerana nafsu yang sentiasa membuat kita lalai....wahai diri yang diuji bersabarlah, walaupun kesabaran yang kita hadapi ini tidak seberat para sahabat dahulu yang lebih dahsyat ujian Allah uji...Subahanallah...semoga ujian yang diberi ENGKAU jadikan kafarah khilaf2 hambaMU yang lalu dalam mencari kebahagian yang penuh dengan keredhaan dan keberkatanMU....
0 ulasan:
Catat Ulasan