Imam Ahmad dan Pembuat Roti


Diceritakan bahawa Imam Ahmad telah sampai ke suatu negeri, dan beliau ingin menumpang bermalam disebuah masjid. Akan tetapi beliau telah dilarang untuk berbuat demikian oleh penjaga masjid tersebut. Beliau dihalau oleh penjaga tersebut. Imam Ahmad berkata; “Aku akan tidur di kaki lima sahaja.” Maka bangunlah penjaga masjid tersebut dan menghalau beliau keluar jauh dari kawasan masjid.

Seorang pembuat roti ternampak Imam Ahmad yang tua dan tidak bermaya dan menawarkannya tempat bermalam. Maka Imam Ahmad mengikut pembuat roti tersebut. Apabila saja sampai, dia dilayan dengan baik. Kemudian, pembuat roti tersebut menyambung kerjanya. Imam Ahmad bin Hanbal terdengar pembuat roti itu beristighfar dan beristighfar sewaktu menguli adunannya. Dan dia berterusan mengulanginya dan menyebabkan Imam Ahmad yang mendengar merasa takjub.

Bila saja tiba pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti berkenaan amalan istighfarnya pada malam itu.

Pembuat roti berkata; “Aku biasa mengisi masaku dengan meinta keampunan semasa menguli roti.”

Imam Ahmad bertanya; “Ada ganjaran apa-apa yang kau rasa dengan perbuatan itu?”
Pembuat roti itu menjawab; “Ada tuan, demi Allah, tiada doaku yang tidak dijawab oleh Allah, Dia memakbulkan semuanya melainkan satu.”
Imam Ahmad bertanya; “Apakah yang satu itu?”

Jawab pembuat roti; “Aku teringin sekali berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”
Maka Imam Ahmad berkata; “Akulah Ahmad bin Hanbal wahai pembuat roti. Demi Allah, sesungguhnya Dia telah membawaku kepadamu..”

Cerita ini tidak dapat dipastikan sama ada dhaif atau sahih cerita ini. Walau bagaimanapun yang penting adalah pengajarannya. InsyaAllah sama-sama kita mengambil pengajarannya dengan memperbanyakan beristighfar memohon keampunan dan terus berdoa semoga hajat yang baik dan bermanfaat buat kita dan Islam dimakbulkan.
sumber : http://www.notafikir.com/

0 ulasan:

Laman Sahabat

Bicara UKHUWWAH

ShoutMix chat widget

Followers

About Me

Foto Saya
ibnu qais
Dilahir di Kampung tercinta di Desa Permai Pagut pada tanggal 18 Mei 1986 pada jam 08.55pm bersamaan 9 Ramadhan 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama (Arab) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.Kemudian melanjutkan ke pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas dari 1999-2002, sekarang dikenali Ma'had Tahfiz Sains Nurul Iman. Setelah itu saya berhijrah ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Azhariah, Melor. Setelah tamat, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma bidang syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan (2005-2008) dan sekarang melanjutkan pengajian sarjana di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia,dalam Fakultas Syariah Jurusan Ahwalul Syakhsiyyah(Hukum Keluarga Islam). Sebarang pandangan emailkan kepada yiez_almaqdisi@yahoo.com @ ibnqais@gmail.com.
Lihat profil lengkap saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ultimos Comentarios

 
Copyright © Jalan Yang Lurus