SIAPA yang tidak bangga apabila menatap kejayaan seorang gadis bernama Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, meraih 20A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan baru-baru ini.ucapan TAHNIAH buat Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan University Science & Technology (JUST), awal September ini.
Di sebalik kejayaannya, kisah kecekalan dan ketabahan gadis manis itu turut menjadi bualan masyarakat. Sehinggakan ada yang tidak puas menatap dan membaca kisah hidupnya sekadar di dada akhbar. Beliau yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik dengan tempoh pengajian selama empat tahun di negara tersebut telah membuat segala persediaan untuk ke Jordan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaja biasiswa saya.
"Pada 25 Mei ini, saya mula mengikuti kelas persediaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas Program Ikon Inspirasi pada Pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di sini semalam.
Dia turut ditemani bapanya, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41.
Sementara itu, Nik Mohd. Kamal berkata, beliau gembira dengan keputusan Nik Nur Madihah untuk melanjutkan pelajaran ke JUST tetapi berasa sedih akan berpisah dengan anaknya.
Referensi:
http://www.kosmo.com.my/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.
0 ulasan:
Catat Ulasan