Rasulullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah." ( Riwayat Shahih Bukhari & muslim)
1. Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
2. Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
3. Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat muslim)
Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.
Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Dan ia bersabda:
“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan.Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.”
(Riwayat Bukhari dan muslim )
Rasulullah; Kami MerinduiMU.....
-
SALAM MAULIDUR RASUL.
Inilah wasiat perpisahan dari kekasih kita, Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam, yang telah membuat air mata para sahabat be...
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh
Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته
محصورة؛ هو راع في ...
SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu KpD KAK IDA & ABG NGAH
-
*Baru-baru ini kakakku baru melangsungkan perkahwinannya pd bulan Mac yg
lalu. Agak beratla melepaskan dia dari zaman bujangnya. Kakakku banyak
menolongku ...
Suami tangkap isteri khalwat pada Hari Bapa
-
Posted By : ChaeryL
SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling
bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.
Bagaimanapun,...
........PM kita yang tersanjung
-
Gambar PM tersanjung kita minum air Teh Hijau bersama PM
Thailand....Cheers..!!!
Terbaru, Najib Ketika mengunjungi Perdana Menteri Jepun ,Yukio Hatoyama ...
Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan
-
*Tanda-Tanda Bersalin Dan Doa Yang Perlu Diamalkan *
Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak, di sini saya
kongsikan tanda-tanda bersal...
PAS=muktamar khas?
-
Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam
kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Pres...
11 Syarat Saksi Dalam Tuduhan Zina
-
Media semakin galak menambahkan kejahilan ummat yang kurang tahap
pengetahuan mereka terhadap aturan Islam dengan siri-siri pendedahan video
seks, zina,...
-
*Mengenali Ciri-ciri ‘Ulama*
Pernah terjadi sebuah kisah di era para sahabat yang diredhai, di mana
‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu membawa (menga...
Dilahir di Kampung tercinta di Desa Permai Pagut pada tanggal 18 Mei 1986 pada jam 08.55pm bersamaan 9 Ramadhan 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama (Arab) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.Kemudian melanjutkan ke pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas dari 1999-2002, sekarang dikenali Ma'had Tahfiz Sains Nurul Iman. Setelah itu saya berhijrah ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Azhariah, Melor. Setelah tamat, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma bidang syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan (2005-2008) dan sekarang melanjutkan pengajian sarjana di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia,dalam Fakultas Syariah Jurusan Ahwalul Syakhsiyyah(Hukum Keluarga Islam). Sebarang pandangan emailkan kepada yiez_almaqdisi@yahoo.com
@ ibnqais@gmail.com.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا Firman-NYA: "Sesungguhnya telah ada pada diri Raslullah s.a.w itu suri teladan (sunnah) yang baik bagi kamu, iaitu bagi siapa yang mengharapkan (pertemuan dengan)Allah dan percaya akan ada hari qiamat dan dia menyebut (nama)Allah banyak-banyak".
(surah al-ahzab : 21)
"cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki cinta dan kasih kepada sesama manusia, ia menjadikan dirinya seperti bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua" -Dr Muhd Said Ramadhan Al-Butty-
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Saudaraku... Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim, ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka, yang lemah tidak akan lmah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat...
0 ulasan:
Catat Ulasan