0

Sayangi Dan Bersyukurlah


E-mail ini di  terima daripada seorang rakan. Isinya cukup ringkas 
namun menyentuh hati.Menyahut seruan pengirim agar e-mail 
ini dipanjangkan kepada orang lain, penulis memohon keizinan agar
wadah berguna ini dapat dimuatkan di dalam laman blog ini. Kepada
pengirim, penulis mengucapkan berbanyak terima kasih atas daya
usaha menyampaikan dakwah yang mulia ini. Semoga ALLAH
SWT memberkati usaha anda dan mengurniakan lebih banyak ilham.

Buat mereka yang bergelar isteri, hayatilah coretan ini agar kita
sama-sama mendapat manfaatnya. Dengan itu jua, semoga ALLAH
SWT memanjangkan jodoh dan kebahagiaan kita selama mana kita
mencari Redha-Nya.








SILAP ISTERI
 SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG
 YANG BERGELAR SUAMI !!!! SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, 
jangan lupa bimbing anak dan isteri.. Kalau suatu hari berlaku selisih 
faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata 
sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.



Teringat pesan ayah di suatu petang...

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan
 kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee 
goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, 
muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, 
 supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 
41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. 
Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan
 dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. 
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. 
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk
saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna. 


Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci 
dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai 
 keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, 
 atas alasan minta nasihat rumahtangga.. Tapi apa maknanya kalau semua 
 orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya 
 yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka” Seorang 
wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian?
 Adakah sebab kami ini kufur?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. 
 Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu 
kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu,
 terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, 
ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. 
Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, 
bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak 
menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. 
Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya
 perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, 
meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu 
 membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami 
 yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta 
bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak 
juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia
 berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, 
ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan
 dari Ilahi agar cinta-Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
 kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.
 Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. 
Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kepada kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”
semoga artikel nie menjadi tauladan untuk kita semua yang sudah 
atau yang akan membina mahligai kelak....





Laman Sahabat

Bicara UKHUWWAH

ShoutMix chat widget

Followers

About Me

Foto Saya
ibnu qais
Dilahir di Kampung tercinta di Desa Permai Pagut pada tanggal 18 Mei 1986 pada jam 08.55pm bersamaan 9 Ramadhan 1406 Hijrah iaitu jatuh pada hari Ahad. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama (Arab) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.Kemudian melanjutkan ke pengajian menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas dari 1999-2002, sekarang dikenali Ma'had Tahfiz Sains Nurul Iman. Setelah itu saya berhijrah ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Azhariah, Melor. Setelah tamat, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma bidang syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan (2005-2008) dan sekarang melanjutkan pengajian sarjana di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia,dalam Fakultas Syariah Jurusan Ahwalul Syakhsiyyah(Hukum Keluarga Islam). Sebarang pandangan emailkan kepada yiez_almaqdisi@yahoo.com @ ibnqais@gmail.com.
Lihat profil lengkap saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ultimos Comentarios

 
Copyright © Jalan Yang Lurus